Ladang babi komersil dilarang di Kelantan April 21, 2008
Posted by ganulening in Berita Terkini, Politik.Tags: alam sekitar, babi, Kelantan, Khinzir, ladang babi komersial, Nik Aziz, PAS, Selangor
add a comment

Mengenai cadangan kerajaan Selangor untuk meluluskan ladang ternakan babi secara komersial, Bernama memetik beliau sebagai berkata:
“Kita sokong asalkan ia tidak akan mencemarkan alam sekitar dan penduduk bukan Islam juga berhak dalam soal menternak babi ini,” katanya hari ini.
Kerajaan Selangor meluluskan cadangan itu kepada sebuah syarikat untuk menternak babi di Sepang.
DAP bantah kenyataan Nik Aziz April 15, 2008
Posted by ganulening in Politik.Tags: Anwar Ibrahim, DAP, Hadi Awang, Karpal Singh, Keadilan, Kelantan, Lim Kit Siang, Negara Islam, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, PAS, Pembangkang, PKR
1 comment so far
Bibit-bibit perpecahan gabungan pakatan pembangkang semakin ‘kelihatan’ apabila DAP hari ini membidas sikap pemimpin Pas yang mendakwa pakatan tersebut akan menerima undang-undang Islam termasuk hukum hudud.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, DAP kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pakatan itu akan menerima undang-undang Islam yang diketengahkan oleh Pas kerana ia tidak berasas sama sekali.
Sebaliknya, Setiausaha Biro Perundangan DAP itu berkata, DAP tetap dengan pendirian bahawa mereka tetap menolak kerajaan Islam yang dibawa oleh Pas dan akan terus berpegang kepada prinsip negara sekular.
“Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu tidak menggambarkan pendirian semua ahli pakatan pembangkang kerana kami tidak menyokong langkah kerajaan negeri itu melaksanakan undang-undang Islam.
“Sebaliknya, DAP ingin mempersoalkan bahawa Pas perlu melaksanakan terlebih dulu manifesto negara kebajikan yang diumumkan sebelum pilihan raya umum lalu sehingga semua pengundi DAP memilih calon mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Gobind Singh yang merupakan anak Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut, Nik Abdul Aziz dalam satu wawancara dengan akhbar itu berkata, pakatan pembangkang akan menerima negara Islam yang ditubuhkan oleh Pas.
Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menolak mana-mana parti di kalangan mereka untuk menjadi parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang kini menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu.
Ketiga-tiga parti pembangkang juga tidak mahu pakatan tersebut dijadikan medan untuk mana-mana pihak memperjuangkan ideologi persendirian.
Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, pakatan pembangkang menyatakan dasar-dasar mereka adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang dipersetujui dan disepakati pemimpin tertinggi parti-parti berkenaan.
Sehubungan itu, kata Gobind Singh, DAP akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh menjejaskan pakatan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar sejak kebelakangan ini bahawa parti itu memperuntukkan RM85 juta bagi ‘membeli’ dua wakil rakyat untuk melompat parti.
Katanya, DAP tidak menyokong sebarang usaha membeli wakil rakyat dan telah membuat laporan polis berhubungan penyebaran SMS tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci identiti dua wakil rakyat yang cuba dibeli itu serta dari negeri mana.
Katanya, setiap wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dipilih oleh rakyat yang menyokong parti itu dan tindakan melompat parti itu tidak pernah didokong oleh DAP.
Pakatan Rakyat mula retak April 9, 2008
Posted by ganulening in Politik.Tags: DAP, Hadi Awang, Karpal Singh, Kelantan, Lim Kit Siang, Negara Islam, Pakatan Rakyat, Parlimen, PAS, Pembangkang, PKR, Retak, Wan Azizah
add a comment
Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat Pas itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, yang berkata Pas wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika mahu merealisasikan impian menubuhkan negara Islam.
Cadangan itu turut disokong beberapa pemimpin Pemuda Pas yang mendakwa rakyat sudah boleh menerima pendekatan parti berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah lima negeri dan mendapat majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, mahu Pas supaya memahami terlebih dulu erti demokrasi yang secara konsepnya jelas memperuntukkan parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen wajar diberi peluang untuk memimpin pakatan.
“PKR mendapat kerusi Parlimen paling tinggi iaitu 31 berbanding 28 DAP dan 26 Pas. Atas sebab itu, kita lantik Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, katanya, perkara yang penting kini ialah untuk Pakatan Rakyat berusaha mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi memastikan mereka tidak meragui manifesto yang dilancarkan.
“Soal sama ada Pas, PKR atau DAP yang menjadi tunjang dalam pakatan pembangkang ini tidak harus timbul, sebaliknya setiap parti mesti mengotakan janji kepada rakyat supaya mereka terus menyokong kita,” katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya mengulas, kenyataan yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu itu mengundang persoalan sama ada tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada kesilapan pada 2001 sehingga menyebabkan DAP terpaksa meninggalkan pakatan.
Cadangan kerjasama antara tiga parti selepas pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan pemimpin di pelbagai peringkat memahami asas kepada kerjasama ini supaya ia tidak dieksploitasi musuh politik, selain menghalang berulangnya perpecahan, tulis beliau.