jump to navigation

Bermuafakat demi survival Melayu April 16, 2008

Posted by ganulening in Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
3 comments

Idea mengadakan permuafakatan antara UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rak- yat (PKR) pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi ia tidak begitu menarik perhatian ketiga-tiga parti itu untuk menggerakkannya secara serius supaya menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bulan lepas, idea tersebut diperkatakan kembali apabila beberapa isu melibatkan agama Islam, raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dicabar secara terang-terangan.

Selain itu, kemenangan ramai calon bukan Melayu daripada parti pembangkang juga wajar direnungi oleh parti- parti yang mewakili orang Melayu seperti Pas dan UMNO – jangan sampai penguasaan mereka ini meruntuhkan kuasa politik Melayu.

Ini didorong oleh kebimbangan mengenai kepentingan orang Melayu di negeri-negeri yang didominasi oleh bukan Melayu seperti di Pulau Pinang berikutan langkah kerajaan pembangkang di situ untuk menghapuskan DEB yang akan menghakis hak mereka.

Timbul persoalan, apa akan jadi dengan kuasa politik Melayu apabila sudah ada pihak yang berani mencabar hak mereka yang sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan?

Justeru, sudah sampai masanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu duduk dan membincangkan hak serta hala tuju orang Melayu supaya ia dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya.

Tiba masanya pemimpin-pemimpin Melayu yang berbeza fahaman politik me- ngetepikan ideologi dan kepentingan masing-masing serta bersama-sama memperjuangkan hak ketuanan Melayu yang kini dilihat semakin rapuh.

Persoalannya, apakah ia boleh dilakukan dan apakah ketiga-tiga parti yang berbeza fahaman politik sanggup untuk mengetepikan kepentingan masing-masing demi mempertahankan hak orang Melayu?

Bagi pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman, permuafakatan seumpama itu boleh diwujudkan jika semua pihak bersedia melupakan soal kepentingan parti, diri sendiri dan sanggup bertolak ansur.

”Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan terutama selepas pilihan raya umum lalu, pembangkang memenangi banyak kerusi dan kini menguasai lima negeri.

”Permuafakatan boleh wujud jika semua pihak boleh sepakat dan bersetuju bahawa tidak ada pihak yang mendominasi pihak satu lagi,” katanya.

Itulah yang seharusnya dipersetujui oleh pemimpin Melayu. Permuafakatan harus disegerakan dan dilakukan secara ikhlas bukan bersyarat. Ia mestilah kekal dan bukan bersifat sementara, demi kepentingan orang Melayu.

Jangan sampai permuafakatan itu kemudiannya berlangsung sekerat jalan apabila ada pemimpin yang mula memperkatakan soal jawatan dan mahukan kuasa dan selain mahu menegakkan agenda parti masing-masing.

Orang Melayu tidak lagi boleh menutup mata dan menganggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pemimpin-pemimpin Melayu mesti bersatu dan menjadi satu kumpulan pendesak yang kuat demi memastikan hak serta kepentingan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara.

Saranan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria baru- baru ini supaya permuafakatan itu diwujudkan agar isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan ternyata telah mencetuskan usaha positif ke arah menyatukan orang Melayu.

Reaksi positif daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memungkinkan muafakat yang dicadangkan itu menjadi kenyataan.

Salahuddin mengakui Pas pada dasarnya bersetuju dengan permuafakatan itu merupakan petanda positif ke arah merealisasikan usaha permuafakatan itu.

Begitu juga dengan Azmin yang mengakui pemuafakatan membawa maksud yang baik tetapi perlu berlandaskan prinsip keadilan sesama Melayu dan kaum-kaum lain supaya tidak wujud ju- rang antara Melayu dan bukan Melayu.

Permuafakatan yang dimaksudkan itu bukan bertujuan untuk menidakkan hak bukan Melayu apatah lagi bermusuhan dengan mereka. Sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk menjadi satu pakatan yang kuat supaya jika ada pihak yang mempertikaikan hak orang Melayu, pemimpin Melayu boleh bangkit dan bersatu mempertahankannya.

Bagaimanapun adalah penting untuk pemimpin ketiga-tiga parti politik itu terlebih dahulu mendapatkan konsensus dan persefahaman sesama mereka mengenai usaha yang perlu dilaksanakan dalam menegakkan kepentingan Melayu agar ia tidak mudah diganggu oleh orang lain.

Dan jika ada yang cuba mempertikaikan mahupun memperlekehkan isu-isu tersebut, pemimpin daripada ketiga-tiga parti itu perlulah senada mempertahankan apa yang sememangnya menjadi hak orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu ada cara mereka sendiri dalam mempertahankan hak orang Melayu. Usaha itulah yang harus digerakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan PKR sekarang demi survival orang Melayu.

DAP bantah kenyataan Nik Aziz April 15, 2008

Posted by ganulening in Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
1 comment so far

Bibit-bibit perpecahan gabungan pakatan pembangkang semakin ‘kelihatan’ apabila DAP hari ini membidas sikap pemimpin Pas yang mendakwa pakatan tersebut akan menerima undang-undang Islam termasuk hukum hudud.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, DAP kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pakatan itu akan menerima undang-undang Islam yang diketengahkan oleh Pas kerana ia tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, Setiausaha Biro Perundangan DAP itu berkata, DAP tetap dengan pendirian bahawa mereka tetap menolak kerajaan Islam yang dibawa oleh Pas dan akan terus berpegang kepada prinsip negara sekular.

“Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu tidak menggambarkan pendirian semua ahli pakatan pembangkang kerana kami tidak menyokong langkah kerajaan negeri itu melaksanakan undang-undang Islam.

“Sebaliknya, DAP ingin mempersoalkan bahawa Pas perlu melaksanakan terlebih dulu manifesto negara kebajikan yang diumumkan sebelum pilihan raya umum lalu sehingga semua pengundi DAP memilih calon mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gobind Singh yang merupakan anak Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut, Nik Abdul Aziz dalam satu wawancara dengan akhbar itu berkata, pakatan pembangkang akan menerima negara Islam yang ditubuhkan oleh Pas.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menolak mana-mana parti di kalangan mereka untuk menjadi parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang kini menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Ketiga-tiga parti pembangkang juga tidak mahu pakatan tersebut dijadikan medan untuk mana-mana pihak memperjuangkan ideologi persendirian.

Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, pakatan pembangkang menyatakan dasar-dasar mereka adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang dipersetujui dan disepakati pemimpin tertinggi parti-parti berkenaan.

Sehubungan itu, kata Gobind Singh, DAP akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh menjejaskan pakatan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar sejak kebelakangan ini bahawa parti itu memperuntukkan RM85 juta bagi ‘membeli’ dua wakil rakyat untuk melompat parti.

Katanya, DAP tidak menyokong sebarang usaha membeli wakil rakyat dan telah membuat laporan polis berhubungan penyebaran SMS tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci identiti dua wakil rakyat yang cuba dibeli itu serta dari negeri mana.

Katanya, setiap wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dipilih oleh rakyat yang menyokong parti itu dan tindakan melompat parti itu tidak pernah didokong oleh DAP.

Tahniah Kepada PAS Menjahanamkan Islam April 11, 2008

Posted by ganulening in Politik.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Sekalung tahniah diucapkan kepada kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang hilangnya perjuangan BERSIH. Mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan elemen-elemen di bawah :

 

  1. TIDAK MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR DALAM PILIHANRAYA. JIKA MENANG, SPR BETUL TETAPI JIKA KALAH, SPR SALAH. BAGI PAS YANG BENAR HANYALAH PAS DAN PEMBANGKANG. ALLAH HANYA MENERIMA PAS SAHAJA DAN AHLI PAS DAN PEMIMPIN PAS BAKAL DITEMPATKAN DI SYURGA.
  2. MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN ZIONIS MELALUI ANWAR IBRAHIM.
  3. IMAM-IMAM DI ZAMAN KERAJAAN BN AKAN DIPECAT DAN DIGANTI DENGAN IMAM YANG MEMPUNYAI KEAHLIAN PAS. INI KERANA HANYA IMAM PAS SAHAJA YANG DITERIMA MALAIKAT AMALANNYA.
  4. MENOLAK HUKUM DAN SYARIAH ISLAM. HJ HADI KATA PAS SEKARANG BUKAN PERJUANGKAN HUDUD LAGI. USTAZ AZIZAN KATA TIADA HUKUM ISLAM DI KEDAH. MB PERAK KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DI PERAK. NIK AZIZ KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DIKELANTAN. WAKTU UMNO MEMERINTAH UMNO DIKATA MENENTANG HUKUM ALLAH. SEKARANG MEREKA BERKUASA DAN MEREKA LEBIH TERUK MENENTANG HUKUM ALLAH. PEMIMPIN UMNO TIDAK PULA MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIDAK AKAN DI WUJUDKAN TETAPI KERAJAAN SEDANG BERUSAHA KE ARAH ITU. TETAPI PAS TERUS TERANG MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIADA DALAM PERJUANGAN DAN MANIFESTO.
  5. BERSETUJU DENGAN PENDIRIAN DAP YANG TIDAK MENYUKAI UNDANG-UNDANG HUDUD.
  6. BERSETUJU MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH DAN AL QURAN APABILA MERELAKAN GOBALAKRISHNAN DAN SEMUA AHLI BUKAN ISLAM PKR MENGGUNAKAN AYAT QURAN.
  7. BERSETUJU HUKUM ISLAM DIPERLEKEHKAN OLEH DAP.
  8. TOL TIDAK DIMANSUHKAN.
  9. KILANG ARAK DIKEKALKAN. MENGAPA HASSAN ALI TIDAK MENUTUP KILANG ARAK DI SHAH ALAM, USTAZ AZIZAN TIDAK MENUTUP PUSAT DISCO SI SG PETANI DAN MB PERAK TIDAK MENUTUP DISC0-DISCO DI SITIAWAN DAN IPOH. WAKTU UMNO MEMERINTAH, MEREKA KATA UMNO HALALKAN DISCO. TAPI BILA MEREKA BERKUASA, MEREKA SENDIRI TIDAK BOLEH HARAMKAN DISCO.CAKAP MACAM MUNAFIK.
  10. BERSETUJU TIAN CHUA DAN GOBALAKRISHNAN MEMPERMAINKAN AYAT SUCI QURAN.
  11. BERSETUJU GEJALA MURTAD BERLELUASA DENGAN BERSEKONGKOL DENGAN KEPIMPINAN PKR. INI KERANA IRENE FERNANDEZ BERJUANG KE ARAH MENCETAK BIBLE DALAM BAHASA MELAYU AGAR MUDAH ORANG ISLAM DI MURTADKAN. APA PAS BOLEH KATA SEKARANG?
  12. MERESTUI RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT YANG KAKI BOTOL, KAKI MENARI, KAKI MENYANYI, KAKI BAHAM DUIT AHLI PAS.
  13. BERSETUJU DAN BERSUBAHAT DENGAN JUDI, PELACURAN DAN ARAK (CONTOH SELANGOR, KEDAH DAN PERAK).
  14. BERSETUJU SUPAYA KILANG CARLSBERG DAN GUINESS STOUT DI PETALING JAYA DIKEKALKAN. PENAKUT NAK SURUH KILANG ARAK DITUTUP. 

Demi Kuasa, PAS Buang Prinsip Perjuangan Islam April 11, 2008

Posted by ganulening in Politik.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Berikut ialah kenyataan Haji Hadi Awang sewaktu perbincangan penubuhan Pakatan Rakyat:

 

Menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. “Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara…gunakan panduan itu dalam politik juga,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya Selasa yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.

 

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.

 

KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :

Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

 

 

 

KESIMPULAN :

DEMI PKR DAN DAP, PAS DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI AKAN MENGORBANKAN PRINSIP DAN UNDANG-UNDANG TUBUH PARTI PAS SENDIRI. AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS YANG MAHUKAN ISLAM, SEDARLAH BAHAWA TIADA LAGI PERJUANGAN DAN SYARIAT ISLAM DI DALAM PAS. PERJUANGAN HUDUD BUKAN LAGI MAKE UP BUAT PAS.

Pakatan Rakyat mula retak April 9, 2008

Posted by ganulening in Politik.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
add a comment

KUALA LUMPUR: Belum sampai seminggu cadangan penubuhan Pakatan Rakyat diumumkan, gabungan itu sudah mula retak apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah hasrat Pas yang mahu menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan serta merealisasikan penubuhan negara Islam.

Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat Pas itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat.

“Apabila kita (DAP, PKR dan Pas) bersetuju untuk menubuhkan Pakatan Rakyat, sepatutnya segala kenyataan berhubung perkara itu mesti dibawa dalam perbincangan dan bukannya terus membuat kenyataan terbuka.“Bagaimana mungkin Pas menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi Parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, yang berkata Pas wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika mahu merealisasikan impian menubuhkan negara Islam.

Ahmad dilaporkan sebagai berkata, impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam sebenar yang tidak pernah memperkecil atau mengecualikan mana-mana pihak sebab ia adalah agama untuk kebaikan semua.

Cadangan itu turut disokong beberapa pemimpin Pemuda Pas yang mendakwa rakyat sudah boleh menerima pendekatan parti berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah lima negeri dan mendapat majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, mahu Pas supaya memahami terlebih dulu erti demokrasi yang secara konsepnya jelas memperuntukkan parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen wajar diberi peluang untuk memimpin pakatan.

“PKR mendapat kerusi Parlimen paling tinggi iaitu 31 berbanding 28 DAP dan 26 Pas. Atas sebab itu, kita lantik Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Chua Tian Chang, berkata semua parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Rakyat mempunyai tunjang dan kekuatan sendiri yang masing-masing boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan.

Sehubungan itu, katanya, perkara yang penting kini ialah untuk Pakatan Rakyat berusaha mengotakan janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu bagi memastikan mereka tidak meragui manifesto yang dilancarkan.

“Soal sama ada Pas, PKR atau DAP yang menjadi tunjang dalam pakatan pembangkang ini tidak harus timbul, sebaliknya setiap parti mesti mengotakan janji kepada rakyat supaya mereka terus menyokong kita,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya mengulas, kenyataan yang dikeluarkan sejak beberapa hari lalu itu mengundang persoalan sama ada tiga parti dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada kesilapan pada 2001 sehingga menyebabkan DAP terpaksa meninggalkan pakatan.

Cadangan kerjasama antara tiga parti selepas pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan pemimpin di pelbagai peringkat memahami asas kepada kerjasama ini supaya ia tidak dieksploitasi musuh politik, selain menghalang berulangnya perpecahan, tulis beliau.