jump to navigation

Pas tak minat bincang dengan UMNO – Husam Musa April 19, 2008

Posted by ganulening in Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini membayangkan parti itu tidak berminat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai ketuanan Melayu.

Beliau berkata, isu ketuanan Melayu tidak perlu diperbesarkan memandangkan masih banyak negeri dipimpin orang Melayu.

“Ketuanan Melayu ini tiada masalah. Yang jadi Menteri Besar Kedah, Perak, Selangor ialah orang Melayu. Perdana Menteri pun Melayu. Tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai ketuanan Melayu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan pemimpin-pemimpin muda UMNO supaya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk membincangkan masa depan ketuanan Melayu.

Husam berkata, beliau tidak yakin PKR, Pas dan UMNO dapat mencapai kata sepakat dalam hal tersebut.

Sekiranya UMNO benar-benar serius hendak mencari kesepakatan, adakah parti itu bersedia memberi Pas mengendalikan perbincangan tersebut, ujarnya.

“Kami tidak menentang perpaduan Melayu tetapi kami tidak akan terperangkap sekali lagi,” katanya.

Husam yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor, Kelantan turut menasihati wakil rakyat Pas supaya menghargai sokongan rakyat sehingga membolehkan mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau berkata, wakil rakyat harus memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat bagi memastikan sokongan terus rakyat kepada parti itu.

Hasrat Anwar tak akan jadi kenyataan April 18, 2008

Posted by ganulening in Berita Terkini, Politik, Rencana.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, menurut beliau, cadangan untuk membentuk sebuah kerajaan baru oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertujuan untuk memfokuskan pandangan orang ramai daripada isu tertentu sahaja.

”Anwar buat ramalan tiap-tiap minggu tapi satu pun tak tepat, dia tak berubah dari dulu.

”Kita sebenarnya kena catat ramalan ini, banyak yang dia cakap tak jadi kenyataan, bila tak jadi kenyataan orang lupa dan ramalan lain diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerangan Isu-isu Semasa oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, apa yang penting Barisan Nasional (BN) tidak mengikut rentak yang dimainkan oleh pembangkang sebaliknya mengikut rentak parti itu sendiri.

Anwar sebelum ini berkata, pembangkang akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini terdapat desas-desus beberapa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat keluar parti dan menyertai PKR bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, Pemuda UMNO akan memberikan peluang kepada semua ahlinya untuk membangkitkan soalan-soalan bagi melancarkan proses pemulihan di dalam sayap UMNO itu.

”Kita mendengar pandangan dan menjawab soalan yang dibangkit oleh ahli, bukan sahaja peringkat kepimpinan tetapi ruang kepada ahli jawatankuasa Pemuda untuk menyumbang kepada proses kumpul maklumat dan memberi kesempatan kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam usaha pemulihan.

”Dalam proses berkenaan, kita lihat ahli di peringkat jawatankuasa bahagian dan cawangan begitu peka dan prihatin mengenai perkembangan politik semasa serta faham tuntutan cita rasa orang ramai di luar sana,” katanya.

Tambahnya, apa yang perlu diambil kira dalam mengorak langkah ke depan ialah memastikan perubahan itu dapat dihayati oleh kepimpinan Pemuda supaya Pemuda sentiasa relevan dan ahli-ahlinya tidak berputus asa.

Pemuda UMNO, juga katanya bertekad supaya semua perbuatan tuding menuding antara satu sama lain perlu dihentikan kerana apa yang penting ketika ini ialah melakukan kerja dan memikirkan strategi untuk melaksanakan proses membina semula perjuangan.

”Kita perlu berhenti membawa isu dalaman UMNO melalui perbincangan secara terbuka kerana sekarang telah masuk tempoh sebulan setengah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

”Justeru, ahli-ahli pergerakan ini percaya tindakan konkrit ke arah pembinaan dan transformasi sayap kita sendiri perlu dilakukan,” katanya.

RM 100 juta ternak babi di Selangor – Selangor Negeri Islam Ulung April 8, 2008

Posted by ganulening in Rencana.
Tags: , , , , , , , , ,
add a comment

Kontroversi penyiaran gambar lima ekor “babi panggang” dalam laman web ahli Parlimen Seputeh & ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kpd pengumuman oleh Teresa bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM 100 juta bagi tujuan pembinan ladang ternakan babi moden.

Beliau mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu meluluskan projek penternakan babi itu dan menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain.

Teresa juga memaklumkan Exco bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari PKR merupakan pakar dalam bidang pertanian moden. Teresa juga memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan penyiaran memanggang 5 ekor babi panggang sebagai meraikan kejayaannya pada pilihan raya umum lalu di Salak Selatan. Nasib baik tak jemput jentera Melayu!!! Mungkinkah lima ekor babi yang dipanggang itu menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri?

Dulu… Selangor Darul Ehsan, Sekarang… Selangor Darul ‘Khinzir’??